KANGAR 21 Mac – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengajak agar organisasi korporat di negara ini menitikberatkan kebajikan masyarakat dan komitmen dalam meningkatkan budaya literasi dalam kalangan kanak-kanak. Baginda bertitah, Smart Reader Worldwide boleh dijadikan contoh dan model terbaik untuk pemain industri berkenaan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mereka. “Sehingga kini, program biasiswa Smart Reader Worldwide melalui Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang bernilai RM100,000, sudah…










