Rai kejayaan derby seperti menang Piala Dunia - Utusan Malaysia

Rai kejayaan derby seperti menang Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 2 Mac – Pengendali Everton, Marco Silva memberitahu, Liverpool meraikan kejayaan Merseyside Derby, Disember lalu seperti mereka berjaya merangkul Piala Dunia.

Kesilapan Jordan Pickford di Anfield membolehkan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu meraih tiga mata penting hasil jaringan Divock Origi pada masa kecederaan.

Kejayaan itu diraikan secara besar-besaran dengan Jurgen Klopp dihukum Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) kerana berlari ke dalam padang untuk memeluk penjaga gol, Alisson.

Memuatkan artikel berkaitan…

Klopp menyatakan aksi derby itu adalah seperti Piala Dunia buat pasukan Liverpool.

Bagaimanapun Silva tidak berpuas hati dengan perkara itu dan mereka akan menerima kunjungan Liverpool di Goodison Park, awal pagi Isnin ini.

“Buat kami, ia adalah perlawanan istimewa buat bandar ini dan penyokong tetapi saya tidak melihat perbezaan besar dalam perlawanan ini.

“Memang perlawanan ini sangat istimewa buat kedua-dua pasukan. Mereka meraikan gol nasib baik mereka. Mereka raikan kejayaan itu seperti menang Piala Dunia,” kata Silva.

Klopp bagaimanapun turut mengulas mengenai aksi ke-200 di antara kedua-dua pasukan itu.

“Banyak perkara saya cakap mengenai perlawanan akan datang.

“Ramai orang bercakap mengenai Bayern Munich atau Manchester United tetapi tiada orang bercakap mengenai Watford atau Everton,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN