PUNB bakal umum beberapa inisiatif baharu - Utusan Malaysia

PUNB bakal umum beberapa inisiatif baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bakal mengumumkan beberapa inisiatif baharu bagi menggalakkan para usahawan mengembangkan perniagaan masing-masing, mulai Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, inisiatif baharu itu meliputi pelbagai aspek termasuk peningkatan pembiayaan pinjaman kepada RM100,000 hingga RM10 juta.

“Inisiatif-inisiatif baharu ini akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri, iaitu Jun nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini, saya tidak boleh mengumumkan secara terperinci tetapi perancangan awal adalah untuk usahawan-usahawan bumiputera,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Pengerusi PUNB, Datuk Hazimah Zainuddin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Abdul Jammi Abdul Karim serta beberapa pegawai agensi tersebut mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, di Jalan Chan Sow Lin, di sini hari ini.

Ketibaan mereka disambut oleh Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah; Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Rozaman Ismail; Pengarang Kanan Media Baharu, Aznan Bakar dan Pengarah Eksekutif Sibermedia, Ainol Amriz Ismail. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini