KUALA SELANGOR 31 Mac – Lelaki yang memukul remaja dengan besi di kepala, hanya kerana menuduh mangsa mencuri tabung masjid kini diburu polis. Identiti suspek sudah dikenal pasti tetapi dia bertindak menghilangkan diri selepas kejadian pada Selasa lalu, yang menyebabkan remaja malang itu berlumuran darah. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md. Asri A. Wahab berkata, pihaknya yakin suspek akan dapat diberkas dalam masa terdekat. “Kita masih mengesan suspek yang…










