Projek terowong dasar laut : SPRM buka enam kertas siasatan - Utusan Malaysia

Projek terowong dasar laut : SPRM buka enam kertas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mac.- Sebanyak enam kertas siasatan dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, kertas siasatan pertama telah dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi kertas siasatan dibuka pada Januari tahun lalu.

Ujarnya, sebanyak lima kertas siasatan telah selesai dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Manakala tiga kertas siasatan telah dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut selain dua lagi masih dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya.

“Dalam pada itu, selebihnya masih dalam siasatan SPRM,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN