Projek pembinaan rumah di Klebang Restu dihentikan - Utusan Malaysia

Projek pembinaan rumah di Klebang Restu dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kerja-kerja pembinaan rumah di sebuah tapak pembangunan di Klebang Restu di sini diarahkan dihentikan sementara berikutan kematian seorang pekerjanya petang semalam.  

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 3.50 petang itu, mangsa, Mia Md. Ripon, 34, yang merupakan warga Bangladesh, maut di lokasi kejadian selepas terjatuh dari ketinggian enam meter ketika menjalankan kerja-kerja pemasangan tangki kumbahan.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Ir. Zamzurin Maarof berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada kegagalan pepasangan perancah yang dipasang di kawasan tapak bina berkenaan.

“Ketika kejadian, perancah yang digunakan hampir tumbang menyebabkan mangsa yang baru bekerja dua bulan di tapak pembinaan itu terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia.

“Kami akan menjalankan pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian. Kita akan ambil tindakan mahkamah sekiranya terdapat pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau Akta Kilang dan Jentera 1967,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan tersebut di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN