AMAL. Teratak Che Dah (TCD) telah melancarkan projek Kek Lapis Amal baru-baru ini bagi mengumpul dana untuk rumah anak yatim TCD dan golongan asnaf melalui jualan produk Kek Lapis Sarawak Deja Moss.
Pengerusi TCD, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, projek amal itu juga bertujuan membantu menambah pendapatan komuniti sekitar Kundang, Selangor seperti ibu tunggal yang berminat menjadi pekerja tetap atau sementara atau ejen kek lapis tersebut.
“Sebahagian daripada hasil jualan kek itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan infrastruktur dan kos pembelajaran penghuni TCD,” katanya pada majlis pelancaran projek berkenaan di Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.
Turut hadir pengasas kek lapis Sarawak iaitu selebriti Sharifah Hadijah Wan Moss atau dikenali Deja Moss.










