HULU LANGAT 2 Mac – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung hari ini berjalan lancar dengan menyaksikan 73.35 peratus daripada 53,411 pengundi berdaftar keluar menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat baharu mereka. Statistik itu sekali gus menjadikan PRK DUN Semenyih merekodkan peratusan keluar mengundi lebih tinggi berbanding yang dicatatkan di lima PRK sebelum ini dan melebihi sasaran awal sebanyak 70 peratus yang telah ditetapkan…










