PRK Rantau: SPRM buka bilik gerakan - Utusan Malaysia

PRK Rantau: SPRM buka bilik gerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 29 Mac- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan.

SPRM
SPRM 

Suruhanjaya itu dalam kenyataannya memberitahu, bilik gerakan PRK DUN Rantau yang beroperasi 24 jam itu dibuka di pejabat SPRM Negeri Sembilan, Peti Surat 6000, Jalan Dato’ Kelana Ma’amor, 70700 Seremban, Negeri Sembilan.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel kepada [email protected] atau menghubungi talian 06-763 9008 atau 013-5180873 atau melalui faks ke 06-761 6897,” kata suruhanjaya itu di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, SPRM turut mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang- undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini