REMBAU – Bekas calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mohd. Nor Yassin antara mereka yang bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi DUN Rantau kali ini. Beliau yang tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh pada PRU-13 mendakwa, keputusannya bertanding PRK DUN Rantau kerana mahu menegakkan kepimpinan Islam seperti dihasratkan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat. “Saya bertanding bukan atas…










