Prihatin agenda pemerkasaan bumiputera - Utusan Malaysia

Prihatin agenda pemerkasaan bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 27 Mac – Peruntukan besar terhadap sektor pendidikan Mara membuktikan kerajaan hari ini begitu prihatin dalam agenda pemerkasaan bumiputera terutama melibatkan masyarakat luar bandar.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, usaha itu adalah bagi memastikan golongan itu menjadi tulang belakang kepada asas pembangunan negara.

“Kita mahu masyarakat bumiputera menjadi penyumbang yang terbesar dalam membekalkan modal insan dan profesional dalam usaha menjadikan negara maju serta mampu bersaing di peringkat global,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Konvokesyen Institusi Pendidikan Mara (Ipma) 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Ahmad Jailani berkata, bagi tahun ini kementerian telah menyalurkan peruntukan kerajaan sebanyak RM1.1 bilion belanja mengurus sektor pendidikan Mara sementara RM180 juta diperuntukan untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion peruntukan bagi program penajaan pelajaran.

Daripada peruntukan tersebut RM2 bilion program penajaan itu kata beliau, menurutnya, Mara telah memperuntukan sebanyak RM100 juta untuk menaja 1,000 graduan graduan cemerlang lepasan Ipma bagi melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi di dalam dan luar negara.

“Saya ingin menyarankan kepada graduan cemerlang untuk merebut peluang bagi mendapatkan penajaan tersebut,” katanya.

Jelas beliau, kadar kebolehpasaran graduan Institut Kemahiran Mara (IKM) adalah 94 peratus, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Institut Perindustrian Mara-Jepun (MJII) pula sebanyak 93 peratus manakala graduan Kolej Profesional Mara (KPM) (85 peratus). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×