Presiden baharu Kazakhstan lantik bekas PM sebagai ketua staf - Utusan Malaysia

Presiden baharu Kazakhstan lantik bekas PM sebagai ketua staf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALMATY 24 Mac – Presiden baharu Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev melantik bekas Perdana Menteri Bakytzhan Sagintayev sebagai Ketua Stafnya hari ini.

Bagaimanapun, langkah itu memperlihatkan bekas Presiden Nursultan Nazarbayev masih membuat keputusan dalam negara Asia Sentral itu yang kaya dengan minyak.

Nursultan pada bulan lalu telah memecat Bakytzhan berikutan prestasi ekonomi yang lemah dan penganalisis melihat langkah itu bagi menurunkan bantahan pemprotes.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada Selasa lalu, Nursultan mengejutkan orang ramai dengan mengumumkan peletakan jawatannya yang dipegang sejak sebelum kemerdekaan selepas runtuhnya Kesatuan Soviet 1991.

Pemimpin berusia 78 tahun itu bagaimanapun masih mempunyai kuasa signifikan berikutan status perlembagaan sebagai ‘Pemimpin Negara’, jawatan sepanjang hayat sebagai ketua majlis keselamatan dan parti pemerintah.

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini