KUALA LUMPUR 7 Mac – Apakah wajar penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis diusir keluar tanpa diberi ruang berbincang dan mengambil barang keperluan sehingga terpaksa tidur di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Persoalan itu dilontarkan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang kecewa dengan layanan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap sekumpulan penyewa PPR tersebut. Beliau malah menyifatkan tindakan mengusir tanpa mengambil kira situasi dan masalah yang dihadapi…










