PPR Taman Manggis hanya rumah transit - Utusan Malaysia

PPR Taman Manggis hanya rumah transit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Manggis adalah sebagai rumah transit dan bukan untuk didiami selama-lamanya, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, kategori PPR itu sepatutnya untuk transit sahaja, sementara mereka menunggu kemudahan perumahan yang sepatutnya siap.

“PPR Taman Manggis adalah untuk diduduki buat sementara sahaja, itu pun mereka sudah duduk lebih 11 tahun. Memang ada kelemahan dari segi pengurusan dan pejabat perumahan negeri kini sedang dalam proses mengemas kini maklumat untuk semua projek bagi kes-kes sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Expo Perumahan Mampu Milik di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, walaupun unit PPR ditawarkan sebagai pampasan, kelayakan menduduki PPR itu sudah wujud sejak dari dahulu sehingga sekarang.

Kon Yeow berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan seorang penyewa PPR Taman Manggis yang menyatakan unit itu diperoleh sebagai pampasan selepas rumahnya di Sungai Pinang diroboh bagi memberi laluan kepada projek pembangunan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini