Nusyuz tidak layan suami?

Nusyuz tidak layan suami?

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nusyuz tidak layan suami?

SOALAN
Adakah saya sudah jatuh nusyuz jika enggan melayan kehendak suami kerana keletihan seharian penat bekerja? Lagipun dia baru kembali daripada giliran isterinya yang seorang lagi.

Isteri cemburu
Kedah

Memuatkan artikel berkaitan…

Jawapan
Sekiranya keengganan itu tidak berasas, ia boleh dianggap nusyuz. Namun digalakkan si suami memaafkan si isteri dan berbincang dengan baik dalam hal ini.

Ragui status halal restoran

SOALAN
Kalau makan di sebuah restoran yang saya ragui status halalnya bolehkah saya mengingatkan atau melarang orang lain mengunjungi restoran berkenaan?

Irman
Kota Sarang Semut

Jawapan
Sekiranya belum pasti status halal maka cukuplah sekadar kita tidak makan di situ tanpa perlu berkempen kepada orang ramai agar jangan makan di situ, melainkan kita menasihati orang yang dekat dengan kita.

Damaikan ibu bapa bergaduh

SOALAN
Ibu bapa saya sering bergaduh dan saya bimbang mereka bercerai sebab bapa saya sering mengugut begitu. Saya bimbang kalau benar-benar terjadi. Patut saya ikut siapa sebab saya sayang ibu saya?

Farida
Sentul

Jawapan
Sentiasa berbuat baik kepada kedua-dua mereka dan cuba mendamaikan mereka agar mereka dapat berbaik.

 

Pembaca boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected] UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini