PPj lancar pelan tindakan Masyarakat Sejahtera Putrajaya - Utusan Malaysia

PPj lancar pelan tindakan Masyarakat Sejahtera Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 Mac – Perbadanan Putrajaya (PPj) hari ini melancarkan pelan tindakan Masyarakat Sejahtera Putrajaya 2018-2022 bagi membentuk penduduk yang mengamalkan nilai murni ke arah kesejahteraan.

Presidennya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, pelan yang melibatkan enam teras utama itu menekankan pembangunan modal insan bagi merealisasikan perancangan, pembangunan serta perkhidmatan ke arah keseimbangan hubungan sesama manusia, Tuhan dan alam sekitar.

“Pelan tindakan ini menekankan enam bidang utama iaitu agama, sosial, pendidikan, ekonomi, tadbir urus dan infrastruktur fizikal disamping 26 inisiatif bagi tujuan perlaksanaan.

“Antara pelaksanaan yang akan dilakukan adalah meningkatkan fungsi serta peranan masjid sebagai pusat sejahtera, mengukuhkan interaksi antara pemimpin dan masyarakat selain menetapkan dasar hiburan Islam,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran pelan tindakan tersebut, di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor.

Mengulas lanjut Aminuddin berkata, penyelidikan pelan tindakan yang diusahakan bersama UKM itu telah bermula sejak Disember 2017 dan melibatkan perbincangan bersama ketua masyarakat di Putrajaya, agensi berkaitan, pakar pelbagai bidang serta jabatan kerajaan.

Oleh itu katanya, pelan tindakan Masyarakat Sejahtera Putrajaya 2018-2022 telah dihasilkan berdasarkan isu dan cabaran sebenar yang terdapat dalam masyarakat di daerah ini.

“Justeru semua pihak yang terlibat perlu memberikan komitmen bagi menggerakkan program dan aktiviti yang telah dirancang.

“Memandangkan usaha melaksanakan pelan tindakan ini mencabar, ia turut memerlukan sokongan sumber luaran yang berterusan bagi tujuan mengadakan aktiviti, hebahan dan pembudayaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN