Pondan didakwa berbogel di khalayak - Utusan Malaysia

Pondan didakwa berbogel di khalayak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Selepas berdepan dengan pertuduhan memanjat sebuah kereta dalam keadaan berbogel semalam, seorang lelaki berperwatakan lembut sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret tuduhan mengganggu kesantunan dengan cara berbogel atas sebuah kereta.

Kent Caburnay Acuin , 29, yang berasal dari Cebu, Filipina itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman.

KENT CABURNAY ACUIN
KENT CABURNAY ACUIN

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memanjat kereta Honda City warna kelabu dalam keadaan berbogel dengan niat mengganggu kesantunan seseorang di Jalan Sultan Ismail di dalam daerah Dang Wangi di sini, pada pukul 10.40 pagi, 13 Mac lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, B. Rajdeep Singh dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh oleh Rajdeep Singh atas alasan tertuduh merupakan seorang warga asing namun tertuduh merayu kepada mahkamah dia diberikan ikat jamin yang rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini