Polis tahan 18 ahli sindiket tipu pinjaman - Utusan Malaysia

Polis tahan 18 ahli sindiket tipu pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Polis menahan 18 individu termasuk seorang wanita ahli sindiket penipuan pinjaman tidak wujud selepas menyerbu dua apartmen dekat Jalan Dato Lim Hoe Lek di sini pada 2 Mac lalu.

Dalam sebuan pukul 6 pagi itu, polis merampas sejumlah buku catatan mengandungi panduan skrip perbualan untuk menipu melalui panggilan telefon, nombor akaun bank serta nombor telefon mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Noor Yusof Ali berkata, pihaknya turut merampas 36 botol ubat batuk serta bungkusan air ketum ketika menahan semua suspek berusia antara 20 hingga 24 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Noor menambah, kumpulan tersebut dipercayai menyasarkan mangsa di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu melalui iklan pinjaman wang di laman Facebook.

“Mereka meminta orang ramai meninggalkan nombor telefon di ruangan komen di Facebook sebelum menghubungi mangsa yang ingin meminjam wang,” katanya.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati kumpulan tersebut kerap berpindah dan pernah menjalankan kegiatan sama di Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum berada di Kuantan sejak dua bulan lalu.

“Ujian air kencing mendapati keputusan negatif. Mereka direman sehingga 13 Mac depan untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkait kes penipuan pinjaman tidak wujud.

“Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 berkait ubat batuk serta ketum,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini