KOTA KINABALU 2 Mac – Polis Kota Kinabalu menahan 12 individu termasuk tujuh wanita kerana didapati positif dadah menerusi ujian air kencing dalam Op Pusat Hiburan Bersepadu di sebuah pusat hiburan di sini awal pagi tadi. Dalam kenyataan di sini hari ini, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata suspek berumur 17 hingga 35 tahun itu adalah antara 63 individu yang diperiksa dalam serbuan kira-kira pukul 3.05 pagi.…










