Polis sita rumah Jho Low
 - Utusan Malaysia

Polis sita rumah Jho Low


Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 23 Mac – Polis dipercayai telah menyita rumah mewah milik keluarga ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rumah yang beralamat di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah dipercayai telah lebih setahun tidak berpenghuni.

Rumah tersebut sebelum ini dikatakan dihuni ibu bapa Jho Low, Larry Low Hock Peng, 66, dan ibunya, Goh Gaik Ewe, 66 yang kini dipercayai berada di luar negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Notis sitaan rumah banglo tiga tingkat tersebut turut kelihatan ditampal di bahagian pintu pagar luar rumah berkenaan.

Difahamkan, polis dari Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) telah menyita rumah berkenaan pada 21 Mac lalu.

Notis sitaan dari Pejabat Peguam Negara itu dibuat mengikut Sub Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) Polis Diraja Malaysia 2001.

Ketua Polis negeri, Datuk T. Narenasagaran ketika dihubungi berkata, beliau tidak mendapat maklumat mengenai hal berkenaan dan enggan mengulas lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini