Polis serbu pusat judi online beroperasi di rumah teres - Utusan Malaysia

Polis serbu pusat judi online beroperasi di rumah teres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Satu sindiket perjudian online yang mampu memperoleh jumlah pertaruhan mencecah RM300,000 sehari ditumpaskan selepas pihak polis menyerbu sebuah rumah teres di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor awal pagi tadi.

Dalam serbuan pukul 3 pagi itu polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia serta dua remaja tempatan berusia lingkungan 17 hingga 24 tahun yang sedang leka memberikan kata laluan pengguna (ID) kepada kaki judi yang sudah membuat pembayaran secara atas talian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, hasil siasatan mendapati  sindiket berkenaan sudah beroperasi sejak tujuh bulan lalu dan mensasarkan pelanggan dari Malaysia dan Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sindiket berkenaan menjadikan rumah teres sebagai pusat operasi bagi mengaburi mata pihak berkuasa selain menggajikan remaja bawa umur untuk menarik kaki judi melakukan pertaruhan.

“Siasatan lanjut juga mendapati, mereka mampu memperoleh jumlah pertaruhan mencecah RM300,000 sehari serta keutungan mencecah jutaan ringgit sebulan dengan mempromosikan pelbagai laman sesawang bercirikan judi ‘loteri, sport games, slot games dan table games’.

“Dalam serbuan itu juga, kita merampas pelbagai peralatan komputer dan internet serta 10 unit telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Tambah Rohaimi, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Klang Selatan untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini