Polis rampas syabu 190.7 kg bernilai RM9.5 juta - Utusan Malaysia

Polis rampas syabu 190.7 kg bernilai RM9.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 27 Mac – Polis berjaya merampas dipercayai dadah jenis syabu seberat 190.7 kilogram yang dianggarkan bernilai RM9.5 juta dalam dua serbuan berasingan di Iskandar Puteri di sini kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, dadah yang dirampas itu disembunyikan dalam bungkusan teh Cina yang dijumpai dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire.

Menurutnya, dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, tiga lelaki tempatan berusia antara 35 hingga 48 tahun turut ditahan dalam operasi bermula pada 1.30 hingga 7.30 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rampasan itu adalah susulan kejayaan polis merampas dadah seberat 2.06 tan dengan nilai RM 103.2 juta di Ulu Tiram pada 19 Mac lalu, hasil daripada maklumat suspek yang ditahan sebelum ini,” katanya pada sidang media di IPK Johor di sini hari ini.

Tambahnya, semua suspek kini direman sehingga 31 Mac ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini