LANGKAWI – Polis hari ini merampas dua penyangkut baju dan pakaian milik seorang daripada suspek utama dari kediaman mereka bagi membantu siasatan kes kematian Nur Aisyah Aleya Abdullah. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, rampasan dibuat sepasukan anggota ketika membuat siasatan lanjut di kediaman pasangan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun itu di kuarters Hospital Langkawi di sini. “Polis membawa kedua-dua suspek utama kes itu ke rumah…










