KUALA LUMPUR – Pihak polis memohon bantuan orang ramai bagi menjejaki seorang remaja perempuan yang gagal dikesan keberadaannya dan kini diklasifikasikan sebagai orang hilang.
Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa remaja berkenaan, R. M. Thangam, 19, kali terakhir dilihat di kediamannya di Flat San Peng di sini.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Sarjan Abi Shafazeem Arshad dari Balai Polis Tun H. S. Lee di talian 013-5675872 atau Balai Polis Tun H. S. Lee di talian 03-9221 2222.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Mereka juga boleh berhubung terus dengan Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” jelas kenyataan tersebut. – K! ONLINE











