Polis Kota Kinabalu tahan 55 individu atas pelbagai kesalahan dadah - Utusan Malaysia

Polis Kota Kinabalu tahan 55 individu atas pelbagai kesalahan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Polis Kota Kinabalu menahan 55 individu atas pelbagai kesalahan bersabit dadah dalam operasi di sekitar bandar raya itu termasuk Likas, Sembulan dan Tanjung Aru dalam tempoh seminggu bermula 15 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Polis Habibi Majinji dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua suspek  berumur 15 hingga 54 tahun yang ditahan itu turut merangkumi tujuh warga asing.

“Seramai tujuh individu ditangkap atas kesalahan memiliki dadah manakala 48 lagi didapati positif dadah selepas ujian urin dijalankan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Habibi berkata, polis turut merampas dadah jenis ganja seberat 272.45 gram yang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier di sebuah pejabat pos selain merampas 2.35 gram syabu, dengan rampasan dianggarkan bernilai RM11,200.

Usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar Kota Kinabalu akan terus diperhebat bagi memelihara kesejahteraan masyarakat setempat, katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini