SIBOLGA 14 Mac – Polis Indonesia hari ini mengesahkan menjumpai sebanyak 300 kilogram bahan letupan dan bahan pembuat bom susulan kejadian isteri dan anak kepada suspek kumpulan pengganas meletupkan diri, semalam.
Penemuan itu menimbulkan kebimbangkan terhadap kemungkinan satu serangan besar-besaran dirancang sebelum Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019 bulan depan.
Kejadian meletupkan diri pada awal pagi semalam itu berlaku selepas pihak polis menahan suami wanita berkenaan Abu Hamzah yang dikenal pasti sebagai anggota Jemaah Ansharut Daulah (JAD).
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut jurucakap polis, Dedi Prasetyo, pihak berkuasa menjumpai bahan letupan dan peralatan membuat bom di rumah pasangan tersebut dan di satu lagi lokasi lain, -AFP











