KUALA LUMPUR 29 Mac – Dua lelaki diburu polis kerana dipercayai terlibat meragut beg tangan seorang wanita di Kajang pada Isnin lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.57 petang itu, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa berusia 31 tahun. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pada mulanya, mangsa dikatakan berjalan di lokasi berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal. “Kedua-dua…










