Pogba, Rashford penting untuk United - Utusan Malaysia

Pogba, Rashford penting untuk United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 30 Mac – Paul Pogba dan Marcus Rashford merupakan tonggak utama kepada masa depan Manchester United, kata Ole Gunnar Solskjaer.

Solskjaer yang dilantik sebagai pengurus tetap United, Khamis lalu dan diberikan kontrak tiga tahun di Old Trafford selepas menampilkan persembahan cemerlang sejak menggantikan Jose Mourinho sebagai pengendali sementara.

Pogba dan Rashford menjadi antara pemain paling menyerlah di bawah kendalian Solskjaer dan kedua-dua pemain itu menjadi buruan Real Madrid serta Barcelona.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pogba sebelum ini pernah menyatakan bahawa sememangnya menjadi impiannya untuk beraksi di bawah kendalian Zinedine Zidane di ibu kota Sepanyol itu.

“Mereka sangat penting untuk masa depan kami.

“Itu adalah sasaran kami sebagai sebuah kelab. Sudah semestinya kami mahu membina sebuah pasukan yang kuat selaras dengan sejarah pasukan ini,” kata Solskjaer.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini