KUALA LUMPUR 5 Mac- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas secara percuma kepada orang kurang Upaya (OKU) bagi memudahkan mereka untuk mengunjungi pusat berkenaan.
PNM dalam laman laman web rasminya memaklumkan, kemudahan tersebut akan beroperasi setiap hari Selasa hingga Ahad pada pukul 11.30 pagi dan 3.30 petang.
“Golongan itu hanya perlu menunggu bas di bangunan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) pukul 11.30 pagi manakala mereka akan dihantar pulang ke MAB pada 3.30 petang.
“Bagaimanapun, pengguna perlu membuat tempahan dalam masa lima hari bekerja sebelum menggunakan perkhidmatan ini,” menurut PNM di sini hari ini.
Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web [email protected] atau hubungi di talian 03-26871819.- UTUSAN ONLINE











