PM Thailand kutuk serangan di New Zealand - Utusan Malaysia

PM Thailand kutuk serangan di New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 15 Mac – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas yang berlaku di dua masjid di New Zealand semasa berlangsungnya sembahyang Jumaat, hari ini.



Dalam perutusan takziah kepada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardem, beliau turut mengutuk jenayah kejam itu yang mengorbankan 49 orang melibatkan dua masjid dalam bandar Christchurch.



Beliau berkata, ia sungguh memeranjatkan dan terasa sedih apabila mengetahui mengenai serangan kejam ke atas masjid berkenaan.


Memuatkan artikel berkaitan…


“Rasa simpati yang teramat sangat kami hulurkan kepada keluarga mangsa korban yang tidak bersalah itu serta mereka yang cedera. Ingatan dan doa kami tujukan buat rakyat New Zealand dalam menghadapi keadaan sukar ini.



“Pada saat yang sedih ini, Kerajaan Beraja Thailand bersama-sama komuniti antarabangsa mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kejam ini,” katanya.



Sementara itu, Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai berkata, kerajaan Thailand dengan sekeras-kerasnya mengutuk tindakan pengganas berkenaan.



“Kami akan terus kekal komited untuk bekerjasama dengan New Zealand dan komuniti antarabangsa dalam usaha bersepadu untuk memerangi ancaman keganasan,” katanya.



Beliau juga memanjangkan simpati dan takziah kepada keluarga mereka yang terlibat dalam serangan kejam itu.



“Doa dan ingatan saya tujukan kepada rakyat New Zealand pada saat yang getir ini,” katanya dalam perutusan takziah kepada Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Hal Ehwal Luar New Zealand, Winston Peters. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini