PM, isteri tidak terlibat kemalangan di Parlimen - Utusan Malaysia

PM, isteri tidak terlibat kemalangan di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Insiden kemalangan yang melibatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di Parlimen yang tular menerusi aplikasi WhatsApp merupakan satu berita palsu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri dan isteri tidak terlibat dalam sebarang kemalangan di Parlimen.

Jelasnya, gambar tersebut juga tidak menggambarkan suasana di Parlimen dan berkemungkinan ia merupakan gambar di luar negara.

Terdahulu, tular menerusi kiriman WhatsApp yang mengatakan gambar kereta yang membawa Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah terbabas semasa keluar dari sidang Parlimen.

Kiriman itu turut mengatakan bahawa Perdana Menteri mengalami cedera ringan manakala isterinya kesakitan ekoran kemalangan itu.

Selain itu, penulis kiriman WhatsApp itu mengatakan bahawa berita itu akan disiarkan di sebuah televisyen tempatan pada pukul 8 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×