BAGHDAD 23 Mac – Perdana Menteri Iraq, Adel Abdel Mahdi memohon secara rasmi kepada Parlimen hari ini untuk memecat Gabenor Wilayah Niniveh di mana 100 orang terbunuh ekoran feri terbalik pada Khamis lalu.
Menurutnya dalam surat kepada Speaker Parlimen, terdapat bukti jelas ‘kecuaian dan kegagalan konkrit yang memberi merit kepada undi memecat Gabenor Nawfel Akoub.
“Siasatan yang sedang berjalan menemukan bukti salah guna dana awam dan penipuan oleh pejabat gabenor itu,” katanya.
Kebanyakan yang mangsa yang terbunuh terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dalam perjalanan dari Mosul bagi berpiknik ketika cuti Tahun Baharu Nowruz. – AFP











