PLKN dilaksana semula dengan pendekatan keusahawanan - Utusan Malaysia

PLKN dilaksana semula dengan pendekatan keusahawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH 31 Mac – Kementerian Pembangunan Usahawan sedang merangka satu modul baharu bagi menggantikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan pendekatan yang lebih kreatif serta bersifat keusahawanan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, program yang telah dihentikan buat sementara waktu itu akan dilaksanakan semula dalam masa terdekat malah telah dibincangkan bersama barisan jemaah menteri.

Menurutnya, dengan kemudahan serta fasiliti sedia ada, kementerian akan menggunakan pusat-pusat tersebut untuk memberi latihan secara bersasar kepada bidang keusahawanan termasuk peruncitan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kerana, pada masa kini kita tengok mana-mana tempat sekalipun, banyak pekerja asing dalam sektor peruncitan contohnya pengendalian makanan dan minuman (F&B).

“Sehubungan itu, kita sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa rantaian pasar raya dan peruncit untuk mereka menaja bagi melatih anak-anak tempatan dalam bidang tersebut.

“Kita akan menggunakan pusat latihan sedia ada dan membantu meletakkan mereka berlatih seterusnya berperanan sebagai pusat pengeluaran pelatih untuk bekerja di tempat-tempat tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan ke Karnival Automotif ‘CARnival’ di Freeport A’ Famosa Outlet (FAO), di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan A’ Famosa Resort, Datuk Alex Lau Chir Nguan dan Pengarah FAO, Kenzo Lau Joo Feng. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini