Pilihan raya India dihantui jutaan penganggur - Utusan Malaysia

Pilihan raya India dihantui jutaan penganggur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 11 Mac – Kegagalan kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan menjadi isu utama kepada rakyat India yang akan mengundi antara 11 dan 19 Mei serta keputusannya pada 23 Mei nanti.

Seorang pemuda berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Vishal Chowdhary, 27, dia telah berusaha selama dua tahun untuk mencari kerja dalam pasaran pekerjaan yang suram di sini.

“Saya telah menghadiri 50 temu duga pada tahun lalu namun tidak berjaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu syarikat yang saya sertai pula membuang kebanyakan pekerjanya, membuatkan kembali tidak bekerja,” katanya.

Berikutan desakan hidup, Chowdhary menjadi salah seorang daripada 23,000 pemohon bagi lima jawatan kerajaan sebagai budak pejabat dengan tugas membuat teh dan memfotostat.

Angka itu sudah menjadi kebiasaan kepada 1.25 bilion rakyat India terutama bagi mendapatkan jawatan kerajaan oleh mereka dengan kelayakan tinggi berbanding pekerjaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini