Piala FA: Gray bawa Warford ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Piala FA: Gray bawa Warford ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Mac – Masuk sebagai pemain gantian, Andre Gray meledak gol kemenangan, 11 minit sebelum tamat permainan untuk membawa Watford melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas menumpaskan Crystal Palace 2-1, hari ini.

Anak-anak buah Javi Gracia terlebih dulu menceriakan penyokong tuan rumah di Vicarage Road apabila membuka jaringan menerusi Etienne Capoue pada minit ke-27.

Bagaimanapun memasuki babak kedua, Palace memberi tentangan sengit sebelum Michy Batshuayi akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-69.

Memuatkan artikel berkaitan…

Cemas melihat kedudukan terikat 1-1 ketika tempoh permainan sudah semakin singkat, Garcia membawa masuk Gray yang mempunyai reputasi sebagai ‘super-sub’ dan penyerang berusia 27 tahun itu membalas kepercayaan jurulatih dengan meledak gol kemenangan.

Gray kini meledak gol kemenangan sebagai pemain gantian dalam tiga perlawanan berturut-turut. Dia turut muncul wira pasukannya ketika mengalahkan Everton dan Leicester.

Aksi cemerlang Gray membawa Watford menghampiri final Piala FA buat kali pertama sejak 35 tahun ketika mereka tewas kepada Everton. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini