Pesona Metro dapat kontrak RM238.45 juta - Utusan Malaysia

Pesona Metro dapat kontrak RM238.45 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Pesona Metro Holdings Bhd. (PMHB) memperoleh kontrak bernilai RM238.45 juta membabitkan kerja-kerja kejuruteraan serta mekanikal projek perumahan berpagar dan bangunan utama di Cyberjaya.

PMHB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, subsidiari milik penuhnya, Pesona Metro Sdn. Bhd. mendapat kontrak berkenaan yang merangkumi tiga blok pangsapuri dan tempat letak kereta empat tingkat.

Menurut syarikat itu, kontrak tersebut diperoleh daripada anak syarikat MCT Bhd. iaitu Lakefront Residence Sdn. Bhd.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tempoh projek tersebut adalah 27 bulan dan akan bermula pada 15 Mac,” katanya di sini hari ini.

Projek itu akan dibiayai melalui gabungan penjanaan dana dalaman dan kemudahan pinjaman jangka pendek dari bank. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini