Pesawat tentera Rusia mendarat di Venezuela - Utusan Malaysia

Pesawat tentera Rusia mendarat di Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS 25 Mac – Dua buah pesawat milik tentera Rusia dilaporkan mendarat di lapangan terbang utama Venezuela semalam dengan membawa ratusan anggota tentera serta sejumlah kelengkapan.

BBC melaporkan, kedua-dua pesawat itu dihantar bagi ‘membantu negara ini menghadapi krisis dalaman yang semakin meruncing’.

Seorang wartawan tempatan, Javier Mayorca menerusi Twitternya menulis bahawa kira-kira 100 anggota tentera dan 35 tan kelengkapan diturunkan daripada kedua-dua buah pesawat berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Langkah bantuan itu dilakukan tiga bulan selepas kedua-dua negara menyertai latihan ketenteraan bersama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini