Pesawat Boeing 737 MAX 8 dilarang mendarat di Jepun - Utusan Malaysia

Pesawat Boeing 737 MAX 8 dilarang mendarat di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 14 Mac – Jepun hari ini menyertai negara-negara lain di seluruh dunia menggantung operasi pesawat Boeing 737 MAX 8 susulan nahas pesawat Ethiopian Airlines, ET302, yang mengorbankan 157 orang pada Ahad lalu.

Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Jepun telah mengarahkan syarikat penerbangan luar negara tidak menggunakan pesawat Boeing 737 MAX ke mana-mana lapangan terbang di Jepun.

“Larangan ini tidak akan ditarik balik sehingga kami dapat mengesahkan keselamatannya,” kata seorang jurucakap kepada kementerian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tiada syarikat penerbangan Jepun memiliki pesawat Boeing 737 MAX namun All Nippon Airways (ANA) merancang untuk membeli 30 buah pesawat terbabit.

Katanya, kementerian tidak mengeluarkan sebarang arahan mengenai pembelian pesawat MAX 8 yang dirancang ANA.

“Ini kerana pada dasarnya, setiap syarikat swasta hmembuat keputusan sendiri,” ujarnya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini