Kecemerlangan pesawah–pesawah muda dalam membangunkan industri padi dan beras negara mendapat perhatian Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada majlis Anugerah Tani Bernas (ATB) 2019 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini. Golongan tersebut yang bakal menjadi pelapis sepatutnya menjadi contoh ikutan kepada mereka yang berminat menceburi bidang pertanian. Muhammad Fadhlan Suhaimi, 29, dari Peringat, Kelantan telah dinobatkan sebagai Anugerah Pesawah Belia yang diperkenalkan pada tahun ini. Satu-satunya pesawah wanita yang menerima…










