MELAKA – Permohonan Skim Rumah Belia Melaka (RBM) yang diwujudkan oleh kerajaan negeri bagi membantu golongan belia memiliki rumah mampu milik akan dibuka mulai 22 Mac ini. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee (Gambar kecil) berkata, permohonan skim itu menawarkan 104 unit rumah fasa pertama di Durian Tunggal yang berharga RM180,000. “Menerusi skim ini, belia yang berkelayakan boleh menikmati subsidi pembelian rumah pada…










