Permohonan Bazar Ramadan dalam talian dilanjutkan sehingga 21 Mac - Utusan Malaysia

Permohonan Bazar Ramadan dalam talian dilanjutkan sehingga 21 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melanjutkan tempoh permohonan dalam talian untuk tapak Bazar Ramadan tahun 2019 sehingga  21 Mac. 

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin berkata, permohonan yang sepatutnya tamat pada hari ini dilanjutkan memandangkan kaedah permohonan secara dalam talian bagi tahun ini pertama kali dilaksanakan.

“Ia juga bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang memohon,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Permohonan melalui laman web http://elesen.dbkl.gov.my/ebazar yang diterima mulai 15 Februari hingga hari ini akan mula disemak dan diproses oleh DBKL bagi menentukan kelayakan untuk proses pengundian.

“Oleh itu, maklumat permohonan yang telah diterima sehingga ini tidak boleh dikemas kini lagi,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini