Permit Perhimpunan Solidariti Kedamaian telah diperolehi - Utusan Malaysia

Permit Perhimpunan Solidariti Kedamaian telah diperolehi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Permit Perhimpunan Solidariti Kedamaian pada Sabtu ini yang bertujuan membawa mesej kepada dunia bahawa rakyat Malaysia mahukan keamanan dan menolak sebarang keganasan, sudah diperolehi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof.

“Isu sudah selesai,” katanya ditanya pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, mengenai dakwaan perhimpunan berkenaan tidak mempunyai permit.

Mujahid, berlepas ke New Zealand bagi mewakili kerajaan Malaysia setelah rakyat Malaysia Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, disahkan antara 50 mangsa yang terbunuh dalam tragedi penembakan di Christchurch pada Jumaat lepas, berkata beliau akan cuba pulang pada pagi Sabtu untuk menyertai perhimpunan itu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka yang menyertai perhimpunan itu dikehendaki memakai pakaian berwarna putih dan tidak membawa sebarang logo parti politik.

Menggunakan simbol burung merpati putih berlatar belakangkan bunga raya sebagai simbol kedamaian, perhimpunan itu akan bermula di hadapan pusat membeli-belah Sogo pada pukul 7 pagi, sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka mendengar ucapan kedamaian.

Selepas itu satu deklarasi yang membawa suara hati rakyat Malaysia yang menentang sebarang bentuk kebencian dan keganasan akan dibacakan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini