Perlu sabar dalam mendidik anak - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Perlu sabar dalam mendidik anak – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 14 Mac – Mendidik anak adalah proses berterusan dan janganlah mengharapkan perubahan yang mendadak serta milikilah kesabaran yang tinggi.


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Seringkali secara tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak. Kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.


Titah baginda, ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita memberi tahu kelemahan anak kita semasa kehadiran anak-anak ini.

Memuatkan artikel berkaitan…


“Secara tidak langsung si ayah atau ibu telah menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu. Selain itu, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan dan apabila diulang-ulang akan menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka,” tidah baginda.


Demikian titah Raja Muda Perlis ketika berkenan berangkat menghadiriprogram ‘Op Sifar Keciciran Sekolah Peringkat SMK Tuanku Lailatul Shahreen, SK Pendidikan Khas Kangar, SJK(C) Khoon Aik dan SK IPG Kangar yang diadakan di Masjid Darul Ibadah, Padang Behor, di sini baru-baru ini.


Keberangkatan tiba baginda ke program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli kali yang ke 17 bagi tahun 2019’ dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Bersempena program tersebut baginda turut berkenan berangkat singgah melancarkan ‘Projek Peningkatan Sosio ekonomi Asnaf MAIPs’ berupa sebuah bengkel besi yang diusahakan oleh Hafidzin Hamzah (No Tel : 01114674616) di Hadapan Tapak Pasar, Malam Kampung Titi Chai, Utan Aji sejak 2008 lagi.

Jumlah Keseluruhan yang disumbangkan oleh pihak MAIPs sehingga hari ini ialah RM13,100 untuk bantuan sara hidup, bantuan mesin dan juga bantuan memperbaiki bengkel.

Terkini, perniagaan bengkel besi beliau telah berpindah operasi ke kawasan Kampung Mengkuang Layar diusahakan oleh anaknya dan tapak asal bengkel berkenaan yang dikunjungi baginda telah dijadikan sebagai kedai makan bersama isterinya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini