Perintah berkurung remaja belum sesuai - TPM - Utusan Malaysia

Perintah berkurung remaja belum sesuai – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Larangan keluar malam atau perintah berkurung bagi kanak-kanak dan remaja berumur bawah 18 tahun pada waktu malam masih belum sesuai dilaksanakan buat masa ini.

WAN AZIZAH
WAN AZIZAH 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, antara faktornya ialah ibu bapa tiada di rumah kerana melaksanakan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung kos sara hidup, sekali gus dilihat sukar untuk menyelia atau memantau anak masing-masing.

Katanya, selain itu terdapat keperluan kanak-kanak berada di luar rumah seperti ke pusat tuisyen, aktiviti sukan dan agama di surau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, terdapat juga kanak-kanak bekerja bagi membantu menyara keluarga seperti yang dibenarkan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) bagi kanak-kanak berumur 15 tahun ke atas kerana pendidikan sekunder belum diwajibkan.

“Bagaimanapun kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaannya secara rintis di kawasan-kawasan berisiko tinggi.

“Ibu bapa dan penjaga bertanggungjawab memastikan anak-anak berada di rumah atau di tempat selamat pada setiap waktu, bukan sahaja waktu malam, dan tanggungjawab ini tidak seharusnya diambil alih oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dalam sesi soalan jawab sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dr. Wan Azizah menjawab soalan daripada Datin Dr. Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) yang mahu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah kerajaan telah membuat keputusan berhubung cadangan perintah berkurung itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini