Periksa CCTV kesan pihak yang buang sisa kimia - Utusan Malaysia

Periksa CCTV kesan pihak yang buang sisa kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 9 Mac – Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri akan bekerjasama dengan pihak polis bagi memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap lampu isyarat dan jalan di Pasir Gudang menuju ke Sungai Kim Kim, di sini bagi mengesan pihak yang membuang sisa buangan berjadual secara haram ke sungai terbabit, Khamis lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, pemeriksaan itu nanti memberi tumpuan melibatkan rakaman lori atau individu mencurigakan yang melintasi Pasir Gudang menuju kawasan kejadian sekitar 11 malam sebelum hari kejadian.

“Kita jangka mereka yang bertindak membuang sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim ini adalah mereka yang berada berhampiran kawasan Pasir Gudang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab itu kita mengenal pasti suspek daripada dua sektor iaitu perkapalan dan kilang kimia. Setakat ini, kita sudah menyenarai pendek 30 kilang kimia di Pasir Gudang yang menjadi punca pembuangan dan masih menjalankan siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Taklimat kejadian kes pencemaran pembuangan bahan kimia metana secara haram ke Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.

Taklimat turut dihadiri Timbalan Menteri Tenaga Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis.

Mohammad Ezanni berkata, JAS juga akan bekerjasama dengan Lembaga Pelabuhan Johor bagi mengesan kapal-kapal yang membawa minyak ke kawasan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini