Perempuan berwajah Chucky - Utusan Malaysia

Perempuan berwajah Chucky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bertemu kembali. Bro rehat sebentar daripada menulis kerana selain ada urusan peribadi mahu diselesaikan, Bro nak bagi juga peluang kepada Miss Kitty untuk terus berleter. Seronok betul Miss Kitty ‘bantai’ lelaki, macam-macam dia tulis. Tak apalah itulah perempuan.

Mungkin agak lambat tetapi belum terlewat untuk Bro nak kritik perempuan-perempuan yang sanggup mengambil risiko semata-mata untuk cantik. Entah apa ‘penyakit’ suka sangat kecantikan wajah yang tidak kekal lama tu.

Yang sudah dimamah usia, buatlah cara sudah tua, tidak payahlah nak bersusah payah, cucuk sana cucuk sini untuk nampak cantik. Yang muda pula tak usahlah bak kata orang nak ubah ciptaan tuhan, bersyukurla dengan apa yang ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bro bukannya menentang perempuan yang mahu cantik, tidak salah untuk nampak cantik atau mahu jadi cantik tetapi janganlah sampai menyeksa diri sehingga akhirnya muka jadi macam patung Chucky. Kalau siapa yang tak tahu macam mana muka Chucky, rajin-rajinlah cari kat internet atau YouTube. Kalau nak solek bagi nampak cantik, boleh sahaja tetapi jangan melampau sehingga sekali pandang macam bibir dan pipi badut pula.

Paling Bro rasa pelik bila ada perempuan yang berswafoto wajah sendiri yang kononnya dirasa cantik lepas tu posting dalam media sosial terutamanya Facebook, Instagram atau Twitter. Bro bila tengok perempuan-perempuan macam ni Bro nak gelak guling-guling, nampak sangat dia perasan kata cantik. Sama ada dia betul-betul cantik, nampak cantik atau kelihatan cantik, Bro tak nak komen.

Cuma yang Bro nak katakan, semua perbuatan itu tidak ada faedah langsung, kalau sekadar nak perasan diri cantik. Sekali lagi Bro tak katakan, Bro bukan tentang perempuan nak cantik tetapi yang Bro menyampah bila perempuan buat-buat nak cantik. Kalau dia betul-betul cantik, dia tidak akan menyeksa atau menyusahkan diri dengan tindakan yang boleh memudaratkan diri atau orang tengok rasa mual.

Seorang perempuan memang kena cantik atau kena nampak cantik, nanti malulah suami. Mana ada lelaki yang nak jalan-jalan dengan si isteri yang pakai baju kelawar atau bertudung macam selubung kepala dengan kain sarung batik. Tetapi pandai-pandailah menghiasi diri. Tetapi yang Bro aneh kenapa bila nak keluar rumah sahaja baru nak cantik sedangkan kalau duduk dalam rumah, muka macam tak mandi 40 hari, berpakaian pula suami tengok pun `tak selera’.

Jadi nasihat Bro kepada perempuan yang nak cantik, mahu cantik atau perasan cantik, pandai-pandai bawa diri. Dalam hidup ini, apapun yang kita lakukan kena sederhana, jangan berlebih-lebih apatah lagi kalau perbuatan itu boleh memudaratkan diri. Berfikirlah sebelum bertindak walaupun Bro tahu ramai perempuan bila nak cantik dah tak fikir dah kesan buruk tindakannya. Satu lagi kalau betul-betul nak cantik, cantikkan juga budi pekerti. Jangan muka sahaja cantik tetapi perangai macam hantu raya tidak bertuan, tak ada faedah juga!

Bro lihat banyak perempuan perangai macam tu. Muka sahaja cantik perangai entah apa-apa.

Okeylah Bro undur diri dulu, insya-Allah jumpa lagi dalam catatan akan datang sebab teringin juga Bro nak jawab saranan Miss Kitty supaya lelaki jaga perut sebab dalam hal itu, bagi Bro, perempuan pula kenalah pandai jaga badan, janganlah lelaki saja kena jaga perut sedangkan perempuan pula badan macam ‘tepung roti nan’ kena uli, apa maksud Bro? Sabarlah ye! tunggu tulisan Bro nanti.

Bro Tompok – Nak tengok filem terbaharu Chucky.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini