KUANTAN 9 Mac – Kerajaan negeri merancang menubuhkan sebuah perbadanan untuk mengawal selia Cameron Highlands bagi mengembalikan kehebatannya sebagai kawasan tumpuan serta rancangan pembangunan termasuk pembekalan air berkualiti kepada penduduk. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, kajian penubuhan perbadanan itu diharapkan dapat diselesaikan dalam tempoh kira-kira dua bulan lagi untuk dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri. Kata beliau, jika penubuhan perbadanan itu direalisasikan, ia akan mengambil peranan untuk…










