LONDON 4 Mac – Penyanyi utama kumpulan The Prodigy, Keith Flint ditemukan mati dipercayai bunuh diri pada usia 49 tahun hari ini.
Menurut polis, mayat Flint ditemukan di kediamannya di Essex, timur laut London dan tiada unsur-unsur jenayah dapat dikaitkan dengan kematiannya.
Kematian Flint turut disahkan oleh seorang daripada anggota kumpulannya, Liam Howlett menerusi akaun Instagram rasmi The Prodigy hari ini. – AFP










