Penyamun kelar leher mangsa sebelum larikan kereta - Utusan Malaysia

Penyamun kelar leher mangsa sebelum larikan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 26 Mac – Seorang lelaki cedera parah selepas lehernya dikelar penjenayah dalam kejadian samun kenderaan di hadapan sebuah bank di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam itu, mangsa berusia lingkuan 40-an baru keluar dari bank berkenaan selepas selesai melaksanakan urusannya.

Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, tiba-tiba seorang lelaki menghampiri mangsa semasa mangsa mahu memasuki kenderaannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek yang tidak dikenali mangsa menahan pintu kenderaan jenis Nissan Grand Livina itu menyebabkan berlaku pergelutan.

“Mangsa dicederakan oleh suspek sebelum dia melarikan kenderaan itu yang dianggarkan nilai semasa RM35,000,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, kejadian itu disedari seorang wanita yang kemudian menghubungi polis serta Hospital Port Dickson untuk mendapatkan bantuan.

Kata beliau, polis sedang giat mengesan suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini