KANGAR 27 Mac –Meskipun berjaya melarikan diri selepas mencuri telefon bimbit di sebuah premis di sini semalam, namun nasib tidak menyebelahi seorang penyamun apabila MyKad miliknya tercicir di kedai tersebut. WARI KIEW Berikutan itu, polis kini sedang giat memburu suspek selepas mengenal pasti identiti lelaki berkenaan melalui MyKad tersebut. Ketua Polis daerah, Superintenden Wari Kiew berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, suspek datang ke premis berkenaan dan…










